HAPPY BIRTHDAY MAMA!


Harini mama jadi Besday Mum!!!

Selamat Hari Jadi Mama

Jutaan melion melion Terima kasih & penghargaan kepada mama yg cukup sabar melayan karenah Papa & Khairina.

Tiap2 hari mama masakkan masakan yg sedap2 utk kami. Khairina suka makan sup, papa suka makan ayam goreng & kek batik. Dulu mungkin mama tak berapa pandai masak, tapi skrg mama dah teror masak. Papa pulak makin hari makin naik badan sebab makan sedap. hehe.


Sudah hampir 3 tahun mama bersama kami, setiap hari membawa kenangan indah untuk kami semua.
Kami doakan semoga mama akan diberikan kesihatan, keimanan, panjang umur dan awet muda selalu.

Terlalu banyak jasa & pengorbanan mama yg tak cukup utk kami tulis di sini. Hanya Allah yg mampu balas jasa mama. Kami sayang mama sangat2. Terima kasih mama.

- Dari Khairina & Papa

SELAMAT TAHUN BARU 2010!


Assalamualaikum Semua!
Kami sekeluarga mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua. Semoga tahun ini memberikan lebih keberkatan dan kebahagiaan kepada kita semua.

Picnic di Jabal Aulia

26 Dec-
Harini kami semua keluar ke Jabal Aulia, picnic bersama2 dgn family jiran2. 3 van semuanya.




Byk burung bangau





Jabal Aulia ni empangan hydroelektrik. Cantik juga kawasannya, walaupun byk sampah sarap. Ada la sikit2 macam kat tepi pantai.


Khairina takut tgk air
Byknye lauk pauk
Khairina bukan main suka dpt tgk byk burung bangau, kambing, keldai. Ada jugak yg jual ikan kat sini, tapi kami tak beli.

Papa bakar BBQ sambil dikelilingi budak2 yg lapar
Khemah anak2 Hj Lah
Masing2 bawak bekal, kami buat dadih, mee laksa & air teh tarik. Ada yg bawak nasi lemak daun pisang, sandwich, mee hoon, kek, kacang. Bakar BBQ jugak. Tapi masa bakar ayam tu, ramai budak2 sudan keliling kami sambil buat muka seposen, nak mintak ayam la tu. Disebabkan kami baik hati, kami bagi la sikit. Lagipun byk je makanan lebih. Pastu ada jugak yg jual ikan. Kura2 pun ada.

Tetamu dari Malaysia

18 Dec- Harini Khairina sgt gembira. Sebab dapat jumpa Aunty Lina.Tapi Uncle Fendi dgn Mukmin tak dtg. Kalu derang datang sekali mesti lagi best.





Khairina yg pemalu bergmbr dgn Aunty Lina







Mama pun masak special harini, mee bandung Muar. Time AuntyLina nak makan, Khairina pun seperti biasa menyebukkan diri. Siap naik atas meja.
Lama papa& mama borak dgn Aunty Lina. Lama tak jumpa, byk la ceritanya. Khairina nak join tak reti nak ckp sgt, lagipun Khairina pemalu.



Papa, Khairina & Aunty





Esoknya, kami semua gi ke Kandahar. Aunty Lina pun ikut walaupun dia dah pergi hari sebelumnya. Ramai join kami, family Uncle Hj Lah, Uncle Zaid, Uncle Shahrul, Uncle Kama & Uncle Khairul. Jauh jugak nak smpi. Sepanjang perjalanan nmpk byk kereta keldai.











Makan daging kharuf dgn unta. Sedaap! Khairina gigi tak kuat lagi, so Khairina makan roti arab je. Tapi kat sini, makan atas katil. Jadi lepas makan boleh terus baring dan tido.




Khairina kepenatan

5th Day- Dahab

30 Nov-
Plan harini balik ke Kaherah dan singgah di Kubu Salahuddin Al Ayubi di tengah pulau dan pintu sempadan ke Israel.

Check out hotel, kami cari kedai makan sarapan. Tak byk kedai buka awal pagi. Akhirnya, jumpa la satu kedai makan dan kami sarapan di situ. Sebelah kedai makan tu byk kedai jual2 brg souvenir.







Khairina pun tak kalah memilih hadiah untuk di "pau"






Kami semua mlm tadi tak puas lagi shopping barang2, terus sangkut kat kedai2. Bargain punye bargain, beli la bangku egyptian, unik gak bentuk dia. Kami beli 1 je, Hassan beli 3. Lepas tu beli pulak barang2 lain, baju, kasut, topi dan sebagainya. Yg bestnya, beli barang kat sini boleh mintak hadiah. So, kami dgn tak malunya mintakla macam2 kat org arab tu. Biar beli 1 barang he pun. hehe. Lepas tu, dah beli pening kepala sebab kereta tak muat ltk barang. Seb baik boleh tumpang coaster Hj Lah & Borhan yg kebetulan ada kat Dahab jugak.




Khairina bukan main suka lagi dapat jalan2.








By the time settle semua, dah lepas asar. Tak sempat la nak singgah ke tempat2 yg kami plan tadi tu. Rugila pulak rasa. Tulah akibatnya syok sgt beli barang. So kami terus balik ke Kaherah.




Jauh dr Dahab ke Kaherah, lebih 7 jam. Itu pun Ust bawak laju giler. On the way tu, kami singgah sekejap minum air kat satu pekan kecik. Pekena satu air ni, sedap nyee..tapi tak ingat nama dia. Ada rasa susu dgn kelapa, sekali dgn kacang2. Ramai org kat kedai kopi tu. Masa tu ada tgh game Real madrid vs Barcelona. Dapat la tgk sikit je. Rugi la pulak tak dpt tgk.




Kat kedai mamak
Beginilah rupanya air yg sedap itu
Sampai di Kaherah pukul 1pg. Letihnyaa...

Labu oh Labu..

Hari ini saya n family g Souq Bahri.Kelihatan banyak sayur yang terdapat di Malaysia terubat rinnnduu.Tapi harganya tak semurah Malaysia,biasalah kat Sudan nie tak der yang murah semua mahal.Ha..ha.. bukan main seronoknya bila ternampak labu air.dah lamer giler x makan sayur kegemaran.walaupun mahal beli jgk.yum..yum..x sabar nk masak..sayur labu..Beli jgk kekabu nk isi dalam sarung yg beli kat egypt hari tu,rasanye mahal giler rm 25 rsnya dalam 2 kilo jer.mm..hari ini rasa pelik pun ader ramai sangat peminta sedekah.biasa sorang dua jer..nie ramai sgt2.Bg pun x bg semua lah.Dari mana agaknye diorng semua nie muda n tua2 pun ader bdk2 pun ader.

4th Day-Saint Catherine & Dahab

29 Nov-

Harapan papa utk panjat Gunung jabal Musa x tercapai. Sedar2 dah pkl 5 pg. Mesti mlm td Ust ketuk pintu bilik papa x dgr. Ust Afzan & Ust Akmal dah gi naik gunung dgn family Rani. Ruginyee.




Ambik gmbr sementara tunggu Ust Afzan turun






Siap2 mandi, kami pun trn gi sarapan. Ada nasi susu, tapi tak sedap sgt. Kami bertolak dr hotel tghri sebab tunggu Ust Afzan turun dr gunung.


















Destinasi pertama harini, mata air 12 Nabi Musa. Kami berjalan kaki bukit melalui lembah gunung berbatu, lebih kurang stgh jam. View memang cantik. Tapi letih jugakla nak dokong Khairina. Sampai Khairina tertidur. Menurut riwayat, Nabi Musa ketuk tongkat pada satu batu, maka keluarlah mata air dr batu tu. Tapi skrg mata air tu dah kering. Ada 12 tpt mata air utk 12 kaum Nabi Musa. Mcm perigi yg kitaorg tgk smlm tu jugak. On the way turun, Khairina nangis, sejuk sgt agaknye. Hidung dia tukar jd kaler pink.









Lepas tu kami ke tpt ukiran lembu Samiri yg disembah kaum Nabi Musa. Berhadapan dgn lembu samiri tu ada Makam Nabi Harun. Seterusnya kami singgah di Makam Nabi Saleh.

Next, ke Dahab, kawasan peranginan tepi laut. Tapi mama pening on the way. Agaknya perut kosong. Kesian mama. Sampai sana dah malam. Cantik juga tpt ni, macam kat Langkawi pun ada. Byk kedai2 shopping tepi laut & restoran seafood kat sini. Mahal sikit la, tapi tak kisah la, sebab perut dah lapar. Mlm tu makan seafood special, style egypt.

Mama & Nadia tgh rambang mata tgk barang2
Dah habis mkn baru teringat nak ambik gambar
Malam tu kami tido di Octopus Resort. Tapi air kat bilik air masin, air laut! Pedih2 kulit guna air tu. Kitaorg siap beli air mineral utk Khairina. Mcm biasa, Khairina nangis sebab air sejuk. huhu.

borak-borak

There was an error in this gadget