Setahun di Bumi Sudan

10 June 2008 - Harini genap setahun papa menjejakkan kaki di bumi Sudan yang gersang ini. Sempena perayaan jubli kaca ini, papa pun buat la small makan2 bersama kekawan "lunch group" papa kat ofis.

Untuk itu, papa terpaksa mengorbankan sesi badminton mlm semalam, sebab nak jaga Khairina, bg membolehkan mama masak dgn tenang. Kalu tak, manenya Khairina nak bagi mama dia buat kerja. Mama masak special! Gulai ayam n sayur kobis. Siap dgn dadih lagi.

Ramai gak dtg join lunch, termasuk GM & bapak Presiden. Semua puji masakan mama, makin kembangla lubang hidung mama yg dah memang sedia kembang tu. haha.

Mengimbas setahun di Sudan... banyak kenangan suka duka. Pertama kali sampai kat Sudan, terkejut beruk! Satu sebab cuaca panas, satu lagi sebab budaya dan gaya hidup org kat sini. Susah mcm mana pun, Maa fi musykilla. Masa mula2 sampai dulu ingat lagi, kesedihan meninggalkan keluarga tercinta. Dah la masa tu Khairina baru je seminggu lahir, baru keluar hospital sebab kena kuning, mama tgh pantang. Tuhan je la yg tahu betapa beratnya nak ke Sudan masa tu. Sampai2, tgk negara yg kering kontang ni, makin la sayu. Nasib baik ada kengkawan masa tu buat penghibur hati. Lepas tu, melayan pulak kerenah "Mat Sentul" yang macam2. Yang paling penting, Sudan mengajar erti KESABARAN TAHAP MAKSIMUM!
9 bulan "membujang" di Sudan, meriah jugak sebab join geng KRU (Kumpulan Rambut Uban) yang happening. Byk gak la explore kat Khartoum ni. Yg paling best, masa bulan puasa, setiap mlm ikut Hj Nordin tukar2 masjid solat terawih. Lepas tu, try buka puasa rumah org Sudan. Main badminton almost setiap mlm untuk menghilangkan boring. Tapi hari2 dok mengira berapa Jumaat lagi nak balik Msia.
Tapi masa paling happy, bila mama n Khairina ikut ke Sudan. Baru lah terurus sikit kehidupan. Seronok dpt tgk kerenah Khairina setiap hari, tgk perkembangan dia.
Walaupun byk sebenarnya kekurangan kat Sudan ni, tapi overall I am quite happy here. Lagipun ramai Malaysian, tak terasa sgt jauh dr Msia. Bersyukur dapat tahan setahun dah di Sudan ni, moga terus diberikan kekuatan dan kesabaran. Dan jugak rezeki yg makin melimpah ruah. Amin...
Ni antara gmbr kenangan di "negara pasir berdengung" ni...











3 comments:

budinol said...

ajele best ah dadih! mane gaye nk membuatnye?

Ketella Dungun said...

Agak engkapa tak tau ke? Beli je serbok dia, pastu ikut je arahan kat sampul dia tu. jadik la.
Ajelem siolop!

Yang benar,
Khairina takde gigi

akuez said...

carenye gini..
wal kurma' nak buka puasirun kahabisarul lazi..
tau...
aje le ah..jom g uk olop!!

Post a Comment

borak-borak