Hari Ketiga- Raya Haji & Menuju ke Sinai

27 Nov-

Selamat Hari Raya!!! Harini Hari Raya Korban. Pagi tu papa & Hassan sembahyang raya dgn Student Malaysia. Derang buat kat dataran depan blok asrama. Ramai jugak la student yg ada. Sempat la berkenalan dgn beberapa student di sana. Khairina takut tgk unta. Dr jauh terjerit2 tgk unta, dah dekat di takut plak. Ape daa..Lepas solat raya, tgk upacara korban. Tapi tak dapat tgk derang sembelih unta sebab nak bertolak ke Saint Catherine di Sinai.









Bertolak dr rumah dlm pkl 10pg. Perjalanan ambik masa lebih kurang 8-9 jam. Tapi spnjg perjlnn tu byk tpt kami singgah. Persinggahan pertama bekas kubu tentera Israel semasa peperangan Israel-Mesir. Israel cuba tawan wilayah Sinai sbb kwsn ni strategik. Kubu ni askar yahudi buat secara senyap2 dlm wilayah Mesir. Masa peperangan, tentera Mesir kerap diserang dikwasan ni, tapi tak tahu musuh dtg dr mana. Rupa2nya kubu yahudi tersembunyi di bawah pasir. Kata Ust, ulama Mesir masa tu dapat mimpi utk bom kawasan ni guna air dulu, barulah nampak kubu2 mereka dan akhirnya Israel dpt dihalau dr bumi Mesir. Nmpkla kesan kubu yg kena bom, pejabat, bilik tidur askar, meriam dsbgnya. Laluan jalan bwh tanah pun ada. Katanya ada lebih kurang 50 kubu serupa kat Sinai. Bijak & jahatnya perancangan Yahudi.























Tak jauh situ, perigi 12 Nabi Musa. Dikisahkan selepas Nabi Musa menyebrang laut lari dr Tentera Firaun, nabi & 12 kaumnya berehat dikwsn ni. Nabi Musa buat 12 perigi utk kegunaan setiap kaum. Tapi yg tinggal skrg ni cuma 3 perigi. Yg lain mgkn dah tertimbus.





Lepas tu, kami singgah ke Hammam Firaun. Tapi time ni Khairina dah tido, so papa je masuk dlm gua. Hammam ni dlm gua, bwh gunung batu. Terletak kat tepi laut. Kat luar sejuk, kat dlm gua tu keluar wap panas mcm dlm sauna. Tapi kat dlm tu byk sampah, tak jaga. Tak tau la betul ke tak, derang kata tpt Firaun mandi wap. Tak logik pun ada sebab jauh dr tpt tggl firaun. Tak dpt ambik gmbr byk, camera habis bateri.











Singgah makan kat satu RnR ni. Sebab kitaorg dah lapar sgt, nasi arab pun rasa mcm nasik dagang. Khairina pun mkn nasik jugak, lapar la tu. Bila nak bayar, pak arab tu nak charge extra. Lama jugak Ust bergaduh dgn arab2 tu. Ramai derang, ada 7-8 org, Ust dah la kecik je. Kitaorg dah risau kot2 derang pukul ke ape kan. Tapi Ust maintain je tgk. Berani jugak. Kitaorg nk msk campur tak reti bahse derang. Ada dekat stgh jam bertekak. Last2 bos dia mengalah, bagi harga yg sebenar. Memang penipu arab2 mesir ni.

Sampai di Saint Catherine dah mlm. Kawasan ni bergunung ganang. Sejuknya! Terasa beku jari2. Khairina pakai bj sejuk all the time. Kitaorg check-in di satu hotel, dlm bilik pun sejuk. Pasang heater pun tak rasa.


Plan mlm tu papa nak panjat Jabal Musa, tpt nabi Musa bermunajat. Tapi kalu nak naik kena gerak pkl 2pg sbb nak sampai puncak waktu subuh tgk matahari naik. Naik 3 jam, turun 1 jam. Teringat course ESQ yg kitaorg attend kat KL dulu, ada derang buat penggambaran atas Jabal Musa ni. Sure kat atas gunung tu lagi sejuk punye. Tapi satu lagi family (Rani) pun nak naik jugak mlm ni. So, boleh la papa joint derang. Ust kata pkl 2pg dia akan kejutkan.



Mlm tu kitaorg tido dlm comforter meringkuk mcm udang kena goreng. Boleh ke mlm ni bgn pkl 2 pg?hmm...

0 comments:

Post a Comment

borak-borak